Covid-19: 3,490 kes baharu, enam kematian direkod

Malaysia merekodkan 3,490 kes baharu Covid-19 pada Jumaat dengan tiga daripadanya merupakan kes import. - Gambar hiasan
Malaysia merekodkan 3,490 kes baharu Covid-19 pada Jumaat dengan tiga daripadanya merupakan kes import. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia merekodkan 3,490 kes baharu Covid-19 pada Jumaat dengan tiga daripadanya merupakan kes import sekali gus menjadikan keseluruhan kes aktif adalah 42,767.

Portal CovidNow melaporkan, 96.4 peratus atau 41,212 kes Covid-19 kini merupakan individu yang dikuarantin di rumah manakala 26 kes berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data tersebut turut menyatakan, 1,454 kes Covid-19 dirawat di hospital dengan 75 dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Sebanyak 3,193 kes sembuh direkodkan dengan jumlah kumulatif 4,673593.

Manakala enam kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan 36,130 kes.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!