Sinar Harian terima Anugerah Khas MASTI

Sinar Harian muncul sebagai penerima Anugerah Khas Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) 2022 yang diadakan di Pulai Springs Resort pada Sabtu.
Sinar Harian muncul sebagai penerima Anugerah Khas Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) 2022 yang diadakan di Pulai Springs Resort pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sinar Harian muncul sebagai penerima Anugerah Khas Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) 2022 yang diadakan di Pulai Springs Resort di sini, pada Sabtu.

Anugerah berkenaan disampaikan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Professor Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail kepada wartawan Sinar Harian Johor, Nor Azura Md Amin.

Presiden MASTI, Raja Shah Erman Raja Ariffin berkata, objektif utama penganjuran anugerah itu bagi memperkasa dan meraikan kecemerlangan staf-staf Pentadbir Universiti-universiti awam Malaysia.

Katanya, menerusi aktiviti utama yang dianjurkan dengan tema 'Pentadbir Cemerlang Mencipta Masa Depan Gemilang', anugerah itu diharap dapat menaikkan semangat staf pentadbir universiti awam selain mengiktiraf jasa media massa yang sentiasa menyokong MASTI.

"Anugerah MASTI bukan sahaja memanfaatkan golongan pentadbir di 20 universiti awam di Malaysia, malahan pentadbir universiti swasta tempatan yang dapat membincangkan berkenaan hasil-hasil kajian.

"Hasil kajian tersebut akan dibentangkan pada sesi pembentangan kertas kerja, dan ia juga penglibatan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) melalui Program Pengukuhan Pentadbir," katanya.

Anugerah MASTI 2022 itu diadakan bersempena dengan sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam kali ke-4.

Ia dianjurkan bersama sekretariat strategiknya Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTISAS) serta Jabatan Pendaftar UTM.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!