Norman terkejut nama 'naik'

A
A
A

PENGARAH Urusan KRU Studios, Datuk Norman Abdul Halim meluahkan rasa terkejut apabila namanya tersenarai sebagai tiga calon yang bakal memegang jawatan tertinggi di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

"Errr... Macam mana nama saya boleh termasuk dalam senarai ini?" tulisnya.

Biarpun mendapat sokongan dari pengikut Instagramnya dan beberapa orang industri seni sendiri, beliau merasakan ada individu yang lebih layak untuk menerajui jawatan itu dan masih ada tanggungjawab lain yang belum selesai.

"Takpe lah (menolak cadangan untuk menerajui Finas). Banyak kerja yang tak settle lagi.

"Kita biar yang lain-lain lebih layak jadi pengerusi dan ketua pengarah," jawabnya pada ruangan komen.

Laporan sebuah akhbar pada Jumaat menyebut nama Norman bersama dua lagi calon iaitu Datuk Hans Isaac dan Ahmad Idham antara nama penggiat seni yang disebut-sebut bakal mengisi jawatan tertinggi Finas.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Eddin Syazlee Shith berkata, kementerian sudah menyenaraikan nama baharu yang akan mengisi jawatan tersebut.

Bagaimanapun pengumuman itu akan dibuat oleh Menteri KKMM, Gobind Singh Deo dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!