JBPM diarah bersedia, pindah mangsa: Reezal Merican

Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Reezal Merican
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Reezal Merican
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengarahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk bersiap sedia bagi menjalankan operasi menyelamat dan memindahkan mangsa di kawasan dinaiki air susulan hujan lebat pada petang Sabtu.

“Mendapat laporan beberapa kawasan mula dinaiki air susulan hujan lebat petang ini. Saya sudah arahkan pasukan @bombaJBPM bersiap sedia untuk operasi menyelamat dan pemindahan mangsa ke kawasan selamat,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Sabtu.

Sinar Harian melaporkan beberapa kawasan di Sri Muda di sini mula dinaiki air pada petang Sabtu ekoran hujan yang berlarutan sejak beberapa jam.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima makluman awal mengenai kejadian itu pada jam 5.15 petang.

Beliau berkata, JBPM telah menggerakkan beberapa aset termasuk dua buah bot dan satu jentera ke kawasan tersebut bagi melakukan pemantauan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!