Hari Gajah Sedunia
20 Ogos 2022 09:23pm
Masa membaca: 4 minit
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Export-Import Bank of Malaysia Berhad (Exim Bank) Azmin Hamzah dan Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi) Jabatan Perhilitan Datuk Fakhrul Hatta Musa menyaksikan pemasangan kaki palsu baharu buat anak gajah bernama Elly pada sambutan Hari Gajah Sedunia di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, hari ini.
Seorang Mahut atau Penjaga Gajah di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah memeluk seekor anak gajah betina bernama 'Yong Siput' ketika tinjauan pada sambutan Hari Gajah Sedunia di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, hari ini.
Para pengunjung mengambil peluang bertemu dengan beberapa ekor gajah dewasa ketika tinjauan pada sambutan Hari Gajah Sedunia di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, hari ini.
Hari Gajah Sedunia disambut pada 12 Ogos setiap tahun bagi memberi kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan melindungi dan memelihara spesis gajah di seluruh dunia.