Kereta meletup, anak pakar sains politik Rusia maut

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

ANKARA - Sebuah kereta milik anak perempuan pakar sains politik dan falsafah terkenal Rusia, Alexander Dugin meletup lewat Sabtu di Moscow, lapor Agensi Anadolu memetik media.

Kereta Darya Dugina meletup di lebuh raya Mozhayskoye kira-kira 9.45 malam waktu tempatan dan saksi mendakwa letupan berlaku di tengah jalan menyebabkan serpihan kereta bertaburan.

Menurut laporan awal beliau meninggal dunia di lokasi kejadian.

Setakat ini tiada pengesahan atau maklumat rasmi mengenai punca letupan.

Tidak jelas sama ada letupan itu satu percubaan bunuh yang menyasarkan bapanya.

Alexander Dugin disifatkan sebagai antara individu penting kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Seperti bapanya, Darya Dugina juga terlibat dalam bidang kewartawanan, falsafah dan sains politik. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!