Gempa bumi sederhana landa Laut Maluku, Indonesia
KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran lima skala Richter dikesan berlaku di Selatan Laut Maluku, Indonesia pada 1.08 tengah hari tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan gempa itu dilapor berlaku pada jarak 195 kilometer (km) selatan dari Tomohan, Indonesia, pada kedalaman 58 km.
Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, kenyataan itu memberitahu gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!