Gambar cahaya aurora dari angkasa lepas
WASHINGTON - Seorang angkasawan yang berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), Bob Hines merakamkan gambar aurora dari ISS baru-baru ini.
Aurora yang sangat luar biasa, menurut ciapan Hines dari Amerika Syarikat (AS) di Twitter.
"Terima kasih atas aktiviti suria baru-baru ini yang menghasilkan pemandangan indah ini!'," ciapnya di Twitter.
Aurora berlaku apabila zarah-zarah daripada ribut suria yang masuk menyerang gas di atmosfera bumi.
Walaupun angkasawan di ISS dapat melihat pemandangan unik tentang fenomena itu, keajaiban alam semula jadi juga boleh disaksikan dari bumi seperti Alaska, Kanada, Iceland, Greenland, Norway, Sweden dan Finland. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!