Batal penerbangan punca tewas

Dua pemain Chelsea kecewa dengan kekalahan di Elland Road pada Ahad. - foto EPA
Dua pemain Chelsea kecewa dengan kekalahan di Elland Road pada Ahad. - foto EPA
A
A
A

PEMBATALAN penerbangan bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Leeds United dan Chelsea pada Ahad disifatkan sebagai antara punca yang menyumbang kepada kekalahan 0-3 The Blues.

Menurut pengendali Chelsea, Thomas Tuchel, pembatalan penerbangan berkenaan telah menyebabkan pemain serta pegawai pasukan menaiki bas ke Elland Road bagi mengharungi perlawanan berkenaan.

"Perkara yang ditakuti dan cuba dielakkan benar-benar telah terjadi. Kami terpaksa menaiki bas dan mengharungi perjalanan yang panjang ke Elland Road.

"Bagaimanapun, kami masih mampu beraksi dengan baik dan mencipta beberapa peluang gol, namun kesemua peluang itu gagal disempurnakan.

"Kesempatan itu kemudiannya dimanfaatkan dengan baik oleh kesebelasan Leeds United untuk meledak dua jaringan dalam tempoh empat minit sebelum menambah satu lagi jaringan pada separuh masa kedua," katanya.

Pada perlawanan berkenaan Leeds United membuka jaringan menerusi Brenden Aaronson pada minit ke-33, Rodrigo Moreno (min-37) dan Jack Harrison (min-69).

Tambah malang apabila Chelsea terpaksa bermain dengan 10 pemain pada penghujung perlawanan apabila pertahanan Kalidou Koulibaly dilayangkan kad merah pada minit ke-84.

Sementara itu, Tuchel tetap mempertahankan aksi yang dipamerkan skuad kendaliannya itu pada perlawanan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, biarpun tewas namun kesebelasan pemain dilihat telah mempamerkan aksi terbaik di sepanjang perlawanan.

"Secara keseluruhannya, kami merupakan pasukan yang lebih baik namun mereka (Leeds United) telah berjaya menyempurnakan segala peluang yang dimiliki bagi memenangi perlawanan berkenaan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!