MPK jadi PBT pertama realisasi teknologi 5G

Noraini berucap merasmikan Hari Klang Tanpa Kenderaan di Padang Laman Seri, Klang pada Ahad.
Noraini berucap merasmikan Hari Klang Tanpa Kenderaan di Padang Laman Seri, Klang pada Ahad.
A
A
A

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama yang bekerjasama dengan Telekom Malaysia Bhd (TM) bagi mendigitalkan komuniti Klang mendepani arus pemodenan teknologi 5G.

Yang Dipertua MPK, Noraini Roslan berkata, langkah tersebut seiring dengan hasrat pihaknya ke arah pembangunan Bandar Pintar (Smart City).

Menurutnya, inisiatif tersebut dilaksanakan bagi menyediakan akses internet berasaskan teknologi 5G kepada pengguna awam secara percuma.

"Bersempena dengan Hari Klang Tanpa Kenderaan di Padang Laman Seri ini, kita telah lengkapi dengan akses internet menerusi WiFi yang menggunakan teknologi 5G atau 5G Fixed Wireless Access (FWA).

Warga Klang tidak melepaskan peluang menyertai Hari Klang Tanpa Kenderaan.
Warga Klang tidak melepaskan peluang menyertai Hari Klang Tanpa Kenderaan.

"Teknologi 5G FWA membolehkan pengguna mengalami pengalaman 5G menggunakan peranti sedia ada dengan menyambungkan peranti ke pengecam set perkhidmatan (SSID) WiFi 5G yang disediakan."

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Klang Tanpa Kenderaan di Padang Laman Seri, di sini pada Ahad.

Program Hari Klang Tanpa Kenderaan anjuran MPK pada Ahad menonjolkan kelainan dan keunikan dengan bertemakan 'Perarakan Jiwa Merdeka' sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-65.

Artikel Berkaitan:

Pelbagai aktiviti yang diadakan dalam program tersebut, iaitu pertandingan permainan tradisi seperti congkak dan batu seremban serta pertandingan melukis ‘kolam’.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!