'Jangan terpedaya tawaran RM50 undi BN'
SEREMBAN - Ketua MCA Kuala Sawah, Pan Choo Chang membuat laporan polis selepas menerima panggilan telefon memintanya mengambil RM50 di kaunter BN sebelum mengundi pada 13 April nanti.
Choo Chang, 72, berkata panggilan itu diterimanya pada jam 1.45 tengah hari semalam daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai `Nuar'.
"Saya seterusnya mengatakan kepada pemanggil itu bahawa ini kerja gila dan perbuatan itu salah di sisi undang-undang sebelum mematikan panggilan.
"Saya nafikan pihak BN buat panggilan sedemikian dan tidak mahu orang ramai tertipu dengan panggilan tersebut," katanya dalam satu sidang media di bilik gerakan MCA Rantau, di sini.
Hadir sama, Timbalan Presiden MCA, Datuk Mah Han Soon. Choo Chang membuat laporan polis itu di Balai Polis Kuala Sawah di sini, pada jam 5.50 petang semalam.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Media PDRM bagi PRK DUN Rantau, Deputi Superintendan Ahmad Jamaludin mengesahkan polis telah menerima laporan itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Ada cubaan burukkan BN: Tok Mat
PRK DUN Rantau akan menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH Dr S Streram, calon BN, Datuk Seri Mohamad Haxsan dan dua calon Bebas iaitu suri rumah R.Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!