MCA nafi lemah, gagal tarik undi bukan Melayu

Ka Siong, Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) Kamaruzaman Munasir (kiri) dan Pengerusi LPJ, Rosnan Fathlal menyampaikan sumbangan topi kaledar dan cermin mata selepas pelancaran program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) Cares Keluarga Malaysia di Pelabuhan Johor, Pasir Gudang, pada Isnin.
Ka Siong, Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) Kamaruzaman Munasir (kiri) dan Pengerusi LPJ, Rosnan Fathlal menyampaikan sumbangan topi kaledar dan cermin mata selepas pelancaran program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) Cares Keluarga Malaysia di Pelabuhan Johor, Pasir Gudang, pada Isnin.
A
A
A

PASIR GUDANG - MCA menafikan bahawa parti itu lemah dan gagal menarik undi bukan Melayu, sebaliknya mendakwa sedang bangkit dan kini sudah kembali mendapat sokongan rakyat.

Presiden MCA, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong berkata, buktinya dapat dilihat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lalu apabila berjaya merampas empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada parti DAP.

"Kemenangan MCA ini menunjukkan sokongan pelbagai pihak. Kita minta semua pihak mengekalkan momentum serta tidak berbalah sesama sendiri.

"Kita (MCA) sudah lakukan terbaik, kita ikhtiar, kita buat, PRN johor kita telah lakukan. Siapa sangka dikawasan Yong Peng di bawah Parlimen Ayer Hitam dengan 58 peratus pengundi Cina, kita boleh menang.

"Dulu kita kalah 5,089 undi akhirnya kita menang 2,741 undi. Dalam keadaan peratusan populasi kaum Cina 58 peratus cina, 7 peratus India dan 35 peratus Melayu. Dalam keadaan ini kita dapat bukan sahaja kurangkan defisit tetapi kita tambah majoriti," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) Cares Keluarga Malaysia di Pelabuhan Johor di sini, pada Isnin.

Ka Siong mengulas dakwaan Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mendakwa sejak Pilihan Raya Umum ke-13 lagi, kekuatan dan sokongan kepada MCA dan MIC terus merosot.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata, MCA melihat masih ada ruang yang boleh diperbetulkan dan akan terus berusaha dalam memastikan kepercayaan rakyat bertambah terhadap parti tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Saya tidak mahu komen terhadap apa yang orang kata, kita sendiri kalau ada silap kita perbaiki, kalau tidak ada silap, kita 'move on' kerja kuat dan lakukan yang terbaik. Yang penting ialah kita telah melaksanakannya," ujar Ka Siong.

"MCA pernah kalah teruk namun katanya, tiada siapa sangka pretasi mengejutkan parti tersebut pada PRN Johor yang lalu.

"Dulu kita kalah teruk. Tetapi disebabkan berkat sokongan. Masa PRN Melaka tiada undi 18 tetapi di Johor ada undi 18. Jadi saya rasa PRN ini menunjukkan satu perkara, satu kemungkinan yang dulu orang rasa tidak mungkin.

"Kekalkan momentum ini buat yang terbaik, jangan berbalah dan lebih pentingkan semangat atau tali persaudaraan sesama kita. Siapa pun bagi pendapat, kita dengar tetapi kita lakukan terbaik untuk pastikan kemenangan mutlak BN," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!