Cubaan melaga-lagakan perpaduan UMNO: Ahmad

Tangkap layar laman Twitter Ahmad pada Isnin.
Tangkap layar laman Twitter Ahmad pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan maklumat infografik yang tular di media sosial mengenai bahagian parti itu mendesak Perdana Menteri untuk bubar Parlimen supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dapat diadakan segera.

Menerusi ciapan di laman Twitter, Ahmad menandakan perkataan 'palsu' bagi memberi gambaran maklumat tersebut tidak benar selain beranggapan ia satu cubaan melaga-lagakan perpaduan UMNO.

"Sebaran infografik ini saya tandakan PALSU/FAKE. Sebab sememangnya palsu/fake. Entah siapalah yang sebar," ciapnya pada Isnin.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, satu mesyuarat tergempar diadakan di Menara Dato' Onn antara ketua-ketua bahagian parti bagi membincangkan masa depan UMNO dan persiapan menghadapi PRU15.

Namun Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dilaporkan berkata, ketua-ketua bahagian yang hadir pada mesyuarat khas bersama Presiden UMNO itu sebulat suara bersetuju agar PRU15 disegerakan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!