Imigresen kesan FB palsu guna logo, nama Ketua Pengarah

Akaun Facebook palsu yang dikesan menggunakan logo Imigresen dan kenyataan Ketua Pengarah Imigresen. - Foto FB Jabatan Imigresen Malaysia
Akaun Facebook palsu yang dikesan menggunakan logo Imigresen dan kenyataan Ketua Pengarah Imigresen. - Foto FB Jabatan Imigresen Malaysia
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Imigresen Malaysia mengingatkan orang ramai tidak terpedaya dengan akaun Facebook palsu yang menggunakan logo serta nama ketua pengarah jabatan itu.

Imigresen dalam kenyataan turut meminta supaya laporkan kepada pihaknya dengan segera jika terdapat sebarang maklumat meragukan bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dan diminta untuk berhati-hati dengan hebahan di akaun Facebook palsu (https://www.facebook.com/malaysiaimmigrationdepartment) yang menggunakan logo JIM dan kenyataan media yang menggunakan nama Ketua Pengarah Imigresen.

"Sila rujuk portal (https://www.imi.gov.my) dan Facebook rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (https://www.facebook.com/imigresen) untuk sebarang maklumat lanjut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, sebarang pertanyaan boleh rujuk pada Sistem Pertanyaan Online (SPO) di http://eapp.imi.gov.my/spo.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!