NRDP jalin kerjasama mantapkan akar umbi
SEMUA pihak berkepentingan dalam arena ragbi negara digesa memantapkan kerjasama bagi memajukan sukan itu di peringkat akar umbi.
Malah menurut Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Datuk Shahrul Zaman Yahya, masih terdapat ruang penambahbaikan yang boleh dilakukan menerusi Program Pembangunan Ragbi Negara (NRDP).
“Harapan saya agar semua pihak dapat mencari jalan yang terbaik bagi bersama-sama membangunkan sukan ragbi dengan lebih meluas lagi.
“Di samping itu, jalinan kerjasama yang lebih jitu dapat dihasilkan melalui bengkel ini supaya pembangunan ragbi sentiasa berkembang pada masa depan.
“Semua dikumpulkan bersama bagi membincangkan hala tuju dan cabaran yang dihadapi semua pihak bagi mencari penyelesaian terbaik,” katanya semasa Bengkel Teknikal NRDP baru-baru ini.
Bengkel itu disertai Exco KRM, setiausaha persatuan ragbi negeri dan pengerusi teknik ragbi negeri berlangsung di Puchong.
Penganjuran kali pertama ini melibatkan semua pihak berkepentingan dalam pembangunan ragbi negara - ahli gabungan negeri, pengerusi teknik negeri, Kementerian Pendidikan, Majlis Sukan Negara (MSN) dan KRM.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!