700 Jalur Gemilang lambang cintakan negara

Penduduk di Jalan Pengkalan Kampung Batu 4 Rantau Panjang di sini bersemangat menghias 700 bendera bagi menzahirkan semangat cintakan negara.
Penduduk di Jalan Pengkalan Kampung Batu 4 Rantau Panjang di sini bersemangat menghias 700 bendera bagi menzahirkan semangat cintakan negara.
A
A
A

KLANG - Penduduk di Jalan Pengkalan Kampung Batu 4 Rantau Panjang di sini bersemangat menghias 700 bendera bagi menzahirkan semangat cintakan negara sempena Hari Kemerdekaan ke-65.

Aktiviti menghias jalan kampung dengan Jalur Gemilang pelbagai saiz itu juga merupakan acara tahunan dan dilakukan secara bergotong-royong bagi menunjukkan semangat kemerdekaan dalam diri.

Pengerusi persatuan penduduk di situ, Ramlan Hassan berkata, sambutan kemerdekaan di Jalan Pengkalan Kampung Batu 4 Rantau Panjang diraikan dengan lebih meriah berbanding pada tahun lepas.

"Atas semangat kemerdekaan kita meneruskan sambutan Bulan Kebangsaan ini bagi kali kedua selepas ia diadakan kali pertama (peringkat kampung itu) pada tahun lalu.

"Sebanyak 700 Jalur Gemilang pelbagai saiz kita pasang dan dijadikan hiasan di sepanjang jalan di sini bagi memastikan sambutan kemerdekaan kali ini lebih meriah dari tahun lepas," katanya.

Ramlan berkata, kemerdekaan perlu diraikan walaupun negara berada dalam suasana pandemik mahu pun endemik bagi menghargai keamanan yang ada kerana Malaysia negara yang kita cintai.

"Kalau bukan kita siapa lagi yang akan meraikan sambutan kemerdekaan. Kalau bukan sekarang bila pula masa yang sesuai untuk kita menyambutnya (bulan kemerdekaan)," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!