Mesyuarat tergempar UMNO hanya pertemuan biasa

Mohamad (tengah) ketika ditemui pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera BN Perak di Hotel Casuarina@Meru, di sini pada malam Isnin.
Mohamad (tengah) ketika ditemui pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera BN Perak di Hotel Casuarina@Meru, di sini pada malam Isnin.
A
A
A

IPOH - Mesyuarat tergempar yang dikatakan dibuat bersama Ketua-ketua UMNO Bahagian bersama Presiden parti pada pagi Isnin hanya pertemuan biasa.

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang turut memaklumkan tiada sebarang usul dibuat di dalam pertemuan tersebut seperti dilaporkan media.

"(Mesyuarat tergempar) perjumpaan biasa tak ada apa-apa. Kita tak ada apa-apa usul. UMNO ni kita tak boleh berjumpa, bila berjumpa orang 'speculate' macam-macam. Tak boleh pula kami duduk bersama.

"Orang cemburu hati dengan kita apa sebab? Parti lain pun berkumpul juga hari-hari tak ada pun tanya. Bila UMNO berkumpul mulalah kata itu ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera BN Perak di Hotel Casuarina@Meru, di sini pada malam Isnin.

Ditanya mengenai pertemuan pimpinan tertinggi UMNO dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri di Seri Perdana, Mohamad menjelaskan ia hanyalah taklimat mengenai perjumpaan bersama Ketua-ketua UMNO Bahagian pada sebelah pagi.

Pada malam Isnin, beberapa pemimpin dipercayai 'Top 5' UMNO tiba di Kompleks Seri Perdana bagi menghadiri pertemuan dengan Ismail Sabri.

Difahamkan pertemuan itu dibuat selepas Ismail Sabri yang juga Ketua UMNO Bera tidak hadir pada pertemuan tergempar di ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!