[VIDEO] Tak ada kenyataan media: Muhammad Shafee

Muhammad Shafee kemudiannya meninggalkan mahkamah jam 11.05 pagi.
Muhammad Shafee kemudiannya meninggalkan mahkamah jam 11.05 pagi.
A
A
A

PUTRAJAYA - "Tidak ada kenyataan media," itu reaksi bekas peguam Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kepada pemberita di lobi Mahkamah Persekutuan.

Kelibat Muhammad Shafee itu dilihat memasuki pekarangan mahkamah sekitar jam 10 pagi sebelum memasuki kamar perbicaraan rayuan akhir bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau kemudiannya meninggalkan mahkamah jam 11.05 pagi.

Terdahulu, peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan kepada mahkamah beliau telah meminta Muhammad Shafee untuk membantunya dan akan mengemukakan hujahan dalam permohonan supaya Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimon Tuan Mat menarik diri dari mendengar rayuan akhirnya.

Pada 26 Julai lalu, Ahli Parlimen Pekan itu bertindak memecat Muhammad Shafee dan peguam dari firma Tetuan Shafee & Co daripada mewakilinya dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Muhammad Shafee dan peguamnya menawarkan khidmat guaman kepada Najib dalam kes SRC International sejak 4 Julai 2018.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!