Casemiro teruja sarung jersi United
PEMAIN sensasi, Casemiro teruja untuk memulakan cabaran baharu bersama Manchester United bagi tempoh kontrak sehingga Jun 2026 selepas dilepaskan Real Madrid dengan nilai 70 juta euro (RM312.4 juta).
Pemain tengah Brazil itu diperkenalkan kepada penyokong sebelum aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Liverpool di Old Trafford pada Selasa.
“Peluang untuk memulakan cabaran baharu di Manchester United dan EPL amat menarik.
“Saya pernah bekerja dengan ramai pengendali hebat sepanjang karier saya. Selepas bertemu dengan Erik ten Hag dan mendengar perancangannya, saya tidak sabar untuk bekerjasama dengannya, kakitangannya serta rakan sepasukan baharu,” kata Casemiro.
Pemain berusia 30 tahun itu mengharungi karier gemilang bersama Real Madrid sejak berpindah dari Sao Paulo pada 2013.
Pemain kesebelasan utama Real itu sudah menang lima kali trofi Liga Juara-Juara, tiga La Liga dan tiga Piala Dunia Kelab.
Casemiro turut mengumpul 63 kap bersama Brazil.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!