Rosmah muncul di Istana Kehakiman
PUTRAJAYA - Datin Seri Rosmah Mansor membuat kemunculan kedua pada prosiding rayuan akhir suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Kehakiman, Putrajaya.
Rosmah memakai baju berwarna merah jambu itu tiba jam 1.20 petang Selasa dan melambaikan tangan kepada petugas media yang menyapa.
Rosmah dipercayai diiringi pegawainya kemudiannya memasuki bilik prosiding Mahkamah Persekutuan.
Kehadiran Rosmah itu sekali gus mengundang persoalan mengenai status rayuan akhir bekas Perdana Menteri itu.
Kali pertama Rosmah hadir pada prosiding Najib adalah pada Khamis lalu.
Ketika ini sidang mahkamah berhenti rehat dan prosiding disambung jam 2 petang.
Najib, 69, dalam membuat rayuan di peringkat tertinggi bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta, yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!