'Pembangkang manipulasi segala perkakas yang ada'

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa menyifatkan pembangkang memanipulasi segala 'perkakas' yang masih ada dalam pegangan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tanpa menjelaskan maksud di sebalik 'perkakas' tersebut, Ahmad Zahid berkata, pembangkang sedang berusaha keras melencongkan fikiran rakyat daripada mengingati kisah kegagalan mereka.

"Langkah mereka bertambah ganas dan terdesak sejak terzahir manifestasi rakyat mahukan BN kembali.

"Gabungan politik mereka tewas teruk kepada BN dalam banyak Pilihan Raya Kecil (PRK) serta pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Tambah Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, pembangkang juga sedar bahawa rakyat masih tidak lupa keadaan buruk semasa negara ini di bawah pentadbiran mereka.

"Mereka juga tahu rakyat masih terkesan dengan segala pembohongan serta janji-janji palsu mereka dalam PRU14.

"Apakah 'ops divertion' mereka untuk menyekat keazaman rakyat mengembalikan kemakmuran dan kestabilan akan berjaya?," soalnya.

Ujar Ahmad Zahid, masa akan menentukan perkara berkenaan kerana rakyat merupakan 'hakim' PRU15 dan selepas PRU14 mereka lebih bijak serta saksama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!