Kes mahkamah: UMNO tak pernah minta campur tangan PM

Mohamad (kiri) ketika sidang akhbar semasa Sesi Libat Urus Biro Politik Bahagian-Bahagian UMNO Perak di Bangunan UMNO Perak di sini, pada Selasa.
Mohamad (kiri) ketika sidang akhbar semasa Sesi Libat Urus Biro Politik Bahagian-Bahagian UMNO Perak di Bangunan UMNO Perak di sini, pada Selasa.
A
A
A

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah membabitkan pemimpin parti itu.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dakwaan itu hanyalah spekulasi yang dibuat pihak tertentu untuk memburuk-burukkan UMNO.

Menurutnya, semua kes membabitkan pemimpin UMNO termasuklah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih diteruskan di mahkamah ketika ini.

"Nak campur tangan bagaimana? Dia (Najib) dah sampai Mahkamah Persekutuan, kalau nak campur dulu peringkat Mahkamah Tinggi, (tapi) dekat Mahkamah Tinggi pun kita tak campur.

"Orang kata kalau UMNO memerintah akan melepaskan Datuk Seri Najib.

Tidak, Datuk Seri Zahid pun masih menyambung perbicaraan dan Datuk Seri Najib dah sampai peringkat Mahkamah Persekutuan pun masih tak ada UMNO campur tangan," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa Sesi Libat Urus Biro Politik Bahagian-Bahagian UMNO Perak di Bangunan UMNO Perak di sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, Mohamad turut menafikan bahawa UMNO mempersoalkan kewibawaan badan kehakiman dalam kes Najib.

Menurutnya, UMNO dalam kenyataan rasmi pemimpin utama parti hanya menuntut perbicaraan secara adil supaya orang yang dituduh mendapat ruang seluas-luasnya membela diri.

Artikel Berkaitan:

"Tiada siapa pun yang menyerang badan kehakiman.

Kalau ada orang yang menyentuh tentang mahkamah dan kehakiman, ia bersifat peribadi.

UMNO secara rasminya kalau kita buat pun (kenyataan) dilakukan oleh Setiausaha Agung, presiden atau saya.

"Kenyataan saya hari itu, tiada pun menyentuh dan mempersoalkan kewibawaan mahkamah.

Saya katakan rasa kecewa...biasalah semua orang kecewa kerana pada pandangan secara peribadi orang yang dituduh perlu mendapat ruang seluas-luasnya untuk membela diri," katanya.

Beliau berharap orang ramai dan rakyat tidak terlalu terpengaruh dengan dakyah dan fitnah terhadap UMNO mengenai campur tangan terhadap badan kehakiman.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!