Banjir bantutkan usaha selamat pelombong terperangkap

Seramai 10 pelombong masih terperangkap dalam lombong arang batu di utara Mexico, yang kini masuk hari ke-19. Foto fail AFP
Seramai 10 pelombong masih terperangkap dalam lombong arang batu di utara Mexico, yang kini masuk hari ke-19. Foto fail AFP
A
A
A

BANDARAYA MEXICO - Seramai 10 pelombong masih terperangkap dalam lombong arang batu di utara Mexico, yang kini masuk hari ke-19, manakala banjir telah menyukarkan usaha menyelamat, kata Presiden Andres Manuel Lopez Obrador pada Isnin.

Paras air kembali meningkat di dalam lombong Pinabete, yang terletak di bandar Sabinas, Coahuila, ketika usaha menyelamat sedang dijalankan, lapor Xinhua.

"Malangnya, kami masih belum dapat menyelamatkan pelombong Sabinas... terdapat kemajuan tetapi kami bernasib malang apabila satu lagi lubang ditenggelami air dan paras air naik semula," katanya pada sidang media.

Penyelaras kebangsaan bagi perlindungan awam Laura Velazquez berkata paras air di tiga lombong mencecah antara 28 dan 31 meter manakala 13 pam air dengan kuasa kuda 930 digunakan untuk mengeluarkan air.

Menurut pihak berkuasa, lombong Pinabete runtuh pada 3 Ogos apabila pelombong menggali kawasan yang mengandungi air.

Air membanjiri tiga lubang hingga mengakibatkan 10 pelombong terperangkap. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!