Artis merokok di khalayak ramai beri contoh buruk

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
A
A
A

SHAH ALAM - Isu artis merokok dan menghisap vape di khalayak ramai boleh menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat terutama kepada kanak-kanak dan remaja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius isu tersebut dan berharap agar budaya merokok tidak menjadi ikutan kepada masyarakat di negara ini.

“KKM memandang serius terhadap isu berkaitan artis yang menonjolkan tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape di khalayak ramai.

“Perbuatan ini menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat sekeliling terutama kepada kanak-kanak dan remaja.

“KKM menyeru setiap lapisan masyarakat termasuk artis dan selebriti untuk membantu usaha KKM bagi memastikan perbuatan merokok dapat dijadikan sebagai satu budaya yang tidak diterima lagi dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Pada Ahad, tular sebuah video menunjukkan tindakan seorang selebriti tempatan yang tampil memperagakan jenama pakaian sambil memegang rokok di sebuah pertunjukan fesyen.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!