Bossku ke penjara, UMNO ke mana?
PERJUANGAN penuh liku Datuk Seri Najib Tun Razak selama empat tahun untuk membuktikan dirinya tidak bersalah berhubung kes pecah amanah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International akhirnya menemui noktah.
Mahkamah Persekutuan pada Selasa memuktamadkan bekas Perdana Menteri keenam itu sah ke penjara setelah keputusan sebulat suara panel lima hakim diketuai, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tengku Mat menolak rayuan akhir Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman.
Najib, 69, yang juga dikenali dengan nama jolokan Bossku kini perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta setelah kelima-lima hakim mendapati Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan yang betul dan tidak terkhilaf apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan berkenaan.
Baca analisis penuh di Sinar Premium
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!