Banjir: Gabenor Texas keluarkan deklarasi bencana

Seorang wanita berusia 60 tahun maut selepas keretanya dihanyutkan banjir, di Mesquite, timur Dallas pada Isnin. -Foto CNBC
Seorang wanita berusia 60 tahun maut selepas keretanya dihanyutkan banjir, di Mesquite, timur Dallas pada Isnin. -Foto CNBC
A
A
A

HOUSTON - Gabenor Texas, Greg Abbott pada Selasa menandatangani deklarasi bencana untuk membolehkan lebih banyak sumber negeri di selatan Amerika Syarikat (AS) itu disalurkan ke 23 daerah yang dilanda cuaca buruk dan banjir kilat sehingga menyebabkan kematian, lapor Xinhua.

"Kejadian banjir yang berlaku pada Isnin disifatkan sebagai banjir kedua terburuk di Dallas sejak 1932.

"Bukan hanya Dallas dan Fort Worth terjejas teruk akibat dilanda ribut, banyak wilayah di sekitar negeri Texas turut terkesan," kata Abbott pada sidang media di Dallas.

Seorang wanita berusia 60 tahun maut selepas keretanya dihanyutkan banjir, di Mesquite, timur Dallas pada Isnin.

Sementara itu, sebanyak 100 di utara Texas dilaporkan rosak dan jumlah itu dijangka terus meningkat, menurut pihak berkuasa.

Hakim Daerah Dallas Clay Jenkins menerusi Twitter berkata, berdasarkan penilaian awal kerosakan, beliau mengisytiharkan bencana di Dallas serta meminta bantuan negeri dan persekutuan.

Gabenor turut meminta penduduk melaporkan jumlah kerosakan yang dialami melalui iSTAT, medium yang digunakan untuk mengumpul data bagi membantu menentukan sama ada kerosakan itu layak mendapat bantuan persekutuan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!