Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Najib dipenjara, Zahid minta UMNO bertenang

24 Ogos 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 24 OGOS 2022

Keluarga besar UMNO melahirkan rasa dukacita atas pengakhiran keputusan perbicaraan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Beliau memaklumkan UMNO amat terkilan proses dan ruang untuk bekas Perdana Menteri mempertahankan dirinya terutama usaha untuk mengemukakan bukti baharu dan penangguhan bagi membolehkan pasukan pembelanya yang membuat persiapan telah dinafikan.

Jelasnya, keputusan Mahkamah Persekutuan semalam sama sekali tidak memadamkan jasa besar Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri yang pernah membawa Malaysia ke mercu kejayaan.

Artikel penuh

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #UMNO #SinarHarian