Kedai runcit jual minyak masak botol lebih harga siling dikompaun

KPDNHEP Kelantan mengeluarkan kompaun ke atas sebuah kedai runcit menjual minyak masak botol 5kg pada harga RM41.90, pada Rabu.
KPDNHEP Kelantan mengeluarkan kompaun ke atas sebuah kedai runcit menjual minyak masak botol 5kg pada harga RM41.90, pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan mengeluarkan kompaun

ke atas sebuah kedai runcit di Ketereh yang didapati menjual minyak masak botol lima kilogram (kg) pada harga RM41.90.

Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, tindakan itu diambil selepas kedai runcit terbabit menjual bahan mentah tersebut melebihi harga siling ditetapkan kerajaan iaitu RM35.70.

"Anggota bertugas menyamar sebagai pelanggan untuk mengesahkan aduan yang diterima. Hasil penyamaran itu mendapati, minyak masak botol lima kilogram (kg) dijual pada harga RM 41.90 selepas membuat pembayaran bersama dengan resit," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Tambah beliau, seorang lelaki warga asing berumur 40-an yang disyaki pemilik bersama premis tersebut ditahan untuk siasatan.

"Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kerana menjual barangan harga terkawal melebihi harga siling runcit ditetapkan kerajaan" katanya.

Bermula 8 Ogos hingga 7 September 2022 harga siling runcit minyak masak tulen kemasan botol seluruh Malaysia yang ditetapkan kerajaan melalui mekanisme penentuan harga siling runcit minyak masak tidak bersubsidi tulen kemasan botol ditetapkan berdasarkan harga purata bulanan minyak sawit mentah (CPO) yang ditentukan MPOB setiap awal bulan beserta faktor-faktor lain yang berkaitan iaitu 1kg berharga RM 7.70, 2kg berharga RM 14.70, dan 3kg berharga RM 21.70 manakala bagi 5kg adalah RM 34.70 sebotol.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!