Forest perlu teruskan prestasi mantap

Cooper - Foto PA
Cooper - Foto PA
A
A
A

PRESTASI mantap yang dipamerkan kesebelasan Nottingham Forest ketika menewaskan Grimsby Town 3-0 pada pusingan kedua Piala Liga di Blundell Park, diharap berterusan pada pusingan ketiga, kelak.

Menurut pengendali Forest, Steve Cooper, prestasi sedemikian dilihat penting dalam usaha memastikan skuad The Reds itu mara lebih jauh dalam saingan Piala Liga musim ini.

"Prestasi yang dipamerkan pemain ketika berdepan Grimsby Town memang agak mantap dan saya berharap agar ia dapat diteruskan lagi selepas ini.

"Kita mahu pasukan ini dapat mara lebih jauh dan seterusnya melakar kejayaan dalam saingan Piala Liga kali ini," katanya.

Pada perlawanan berkenaan, gol Forest dijaringkan oleh Ryan Yates pada minit ke-18 sebelum Sam Surridge meledak dua gol pada minit ke-35 dan min-77 bagi memastikan kemenangan.

Mengulas mengenai prestasi yang dipamerkan kesebelasan pemain, Cooper berkata, kesemua pemain telah mempamerkan aksi mantap pada babak pertama.

Menurutnya, aksi mantap berkenaan kemudiannya diteruskan lagi pada babak kedua sekali gus memastikan kejayaan pasukan.

Sementara itu, Cooper berharap pemain dapat belajar untuk membuat keputusan dengan lebih bijak selepas ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, keputusan-keputusan yang dibuat ketika perlawanan berlangsung ternyata bakal memberikan impak kepada keseluruhan perlawanan.

"Saya berpesan kepada pemain, mereka perlu lebih bijak membuat keputusan selepas ini, sama ada untuk melakukan percubaan atau melorongkan bola kepada rakan.

"Ini kerana kesemua keputusan itu ada impaknya yang tersendiri dalam perlawanan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!