Selangor tingkat kerjasama aeroangkasa Turkiye

Amirudin berharap Selangor dapat meningkatkan ruang kerjasama bersama syarikat aeroangkasa Turkiye, TAI pada masa depan.
Amirudin berharap Selangor dapat meningkatkan ruang kerjasama bersama syarikat aeroangkasa Turkiye, TAI pada masa depan.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor sedang berusaha meningkatkan ruang kerjasama bersama syarikat aeroangkasa Turkiye, Turkish Aerospace Industry (TAI) pada masa depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Selangor terus mengorak langkah awal dalam bidang aeroangkasa itu susulan lawatan kerja Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke Turkish Aerospace Industries (TUSAS), baru-baru ini.

Jelas beliau, penyertaan syarikat itu dalam Selangor Airshow Show 2021 yang julung kali diadakan juga menyaksikan ruang kolaboratif lebih besar diterokai kedua-belah pihak.

"TAI telah membuka operasi di Cyberjaya, dikenal pasti sebagai salah satu pelabur berpotensi di Selangor Aerospace Park (SAP), salah satu pemacu perubahan (game changer) dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1)," katanya menerusi satu kenyataan di Facebook pada Rabu.

Amirudin memberitahu, melalui perbincangan dan pembentangan dipimpin sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TAI, Prof Dr Temel Kotil, Selangor melihat potensi keperluan TAI bagi prospek pelaburan yang perlu dimudah cara bagi membolehkan komitmen antara kedua pihak termeterai secara serius dan konsisten.

"Kami turut dibawa melawat ke fasiliti aeroangkasa TAI dan menyaksikan sendiri kewibawaan TAI selaku pemain utama industri aeroangkasa dunia," ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!