120 pembedahan katarak selama empat hari di HoSHAS

Nor Azimi (tiga dari kanan) melawat pesakit Siti Fatimah (duduk) yang turut menjalani pembedahan sempena karnival tersebut.
Nor Azimi (tiga dari kanan) melawat pesakit Siti Fatimah (duduk) yang turut menjalani pembedahan sempena karnival tersebut.
A
A
A

TEMERLOH - Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) lakar sejarah sekali lagi apabila berjaya melakukan 120 pembedahan mata secara besar-besaran selama empat hari sahaja.

Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, jumlah tersebut menerusi penganjuran Karnival Katarak HoSHAS melibatkan sebanyak 30 pembedahan dari lapan daerah di negeri ini tanpa penglibatan tenaga luar.

Menurut beliau, pembedahan mata secara besar-besaran dijalankan sepenuhnya oleh kakitangan Jabatan Oftalmologi HoSHAS terdiri enam pakar, sembilan pegawai perubatan dan lebih 40 kakitangan sokongan hospital berkenaan.

"Pesakit terdiri dari lapan buah daerah iaitu Temerloh, Maran, Jerantut, Maran, Bera, Bentong, Raub dan Lipis.

"Sehingga hari ini, sebanyak 1,000 pembedahan katarak telah dijalankan di HoSHAS dan dijangka akan mencapai 1,500 pembedahan pada hujung tahun ini," katanya lagi.

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita sempena perasmian karnival itu di HoSHAS pada Rabu.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Kesihatan Pahang, Dr Wan Abdul Rahim Wan Ahmad, Pengarah HoSHAS, Dr Nor Azlina Abdul Aziz dan Ketua Jabatan Oftalmologi HoSHAS, Dr Haizul Ikhwan Murat.

Sebelum ini, Karnival Katarak HoSHAS mencatatkan rekod 108 pesakit menjalani pembedahan secara besar-besar pada tahun 2019.

Artikel Berkaitan:

Ujar beliau, sehingga Julai 2022, jumlah pembedahan katarak tertunggak adalah sebanyak 411 pesakit dan masa menunggu bagi pembedahan tersebut mencecah hingga empat bulan.

"Program ini dijangka akan memendekkan masa menunggu pembedahan katarak dari empat bulan kepada enam minggu selepas ini," jelas beliau HoSHAS telah menjalankan 1,000 hingga 1,200 pembedahan katarak pada tahun lalu.

Dalam pada itu, beliau juga memberitahu, karnival tersebut melibatkan pesakit berumur 60 tahun ke atas yang majoritinya daripada golongan berpendapatan rendah.

"Seramai 32 pesakit golongan B40 serta asnaf telah menerima kanta intraokular secara percuma di bawah Skim Peduli Kesihatan B40 selain sumbangan dari Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Negeri Pahang (Muip)," ujar beliau.

Dalam perkembangan lain, Nor Azimi menjelaskan, peningkatan usia individu antara faktor peningkatan penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti katarak sekali gus menyebabkan penambahan pembedahan penyakit itu setiap tahun.

Sementara itu bagi seorang warga emas, Siti Fatimah Hussain, 79, dari Felda Rentam, Bera bersyukur kerana berpeluang menjalani pembedahan sempena karnival tersebut.

"Saya jalani pembedahan pada mata kiri dan berharap dapat segera buat untuk mata kanan pula," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!