Beli belah di Mydin, tebus ganjaran guna Boost

Ahimmat (empat dari kiri) dan Ungku Norliza Syazwan (lima dari kanan) bersama wakil-wakil syarikat yang menyertai kempen Ulang Tahun Mydin ke-65 di Mydin USJ, pada Rabu.
Ahimmat (empat dari kiri) dan Ungku Norliza Syazwan (lima dari kanan) bersama wakil-wakil syarikat yang menyertai kempen Ulang Tahun Mydin ke-65 di Mydin USJ, pada Rabu.
A
A
A

PELANGGAN yang membeli-belah di pasar raya Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) berpeluang menebus ganjaran menarik dan pulangan tunai (cashback) sebanyak 10 peratus apabila membuat bayaran menggunakan aplikasi Boost bermula hari ini (Rabu).

Pengarah Eksekutif Mydin, Ahimmat Mydin berkata, kempen dijalankan sehingga 20 November itu disertai oleh 16 jenama dengan kerjasama aplikasi gaya hidup dan perkhidmatan kewangan digital tersebut.

Menurutnya, kerjasama dengan pihak Boost menjadi terjemahan kepada komitmen pihaknya dalam menjayakan aspirasi kerajaan iaitu menjadikan ekosistem perniagaan yang inovatif, mudah dan berdaya maju.

"Kerjasama dengan Boost ini turut menjanjikan tawaran, rebat istimewa dan ganjaran untuk membeli-belah dengan mudah dan selamat.

"Saya yakin kolaboratif antara Mydin dengan Boost sebagai syarikat tempatan akan membawa manfaat positif kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya pelanggan Mydin dan pengguna aplikasi Boost," katanya ketika merasmikan kempen tersebut di Mydin USJ di sini, pada Rabu.

Sementara itu, Ahimmat berkata, pelbagai peraduan dan diskaun menarik ditawarkan kepada para pelanggannya bersempena dengan Kempen Ulang Tahun Mydin ke-65.

"Sempena kempen tersebut, kami bekerjasama dengan 84 jenama menerusi pelbagai peraduan dan tawaran diskaun sehingga 30 Oktober tahun ini," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life, Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie berbesar hati dipilih sebagai rakan kongsi eksklusif bagi meraikan kempen Ulang Tahun Mydin ke-65 bersama rakyat Malaysia di seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

Bagi memeriahkan kempen tersebut, beliau turut memaklumkan pelanggan Mydin yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM100 menggunakan aplikasi tersebut dalam tempoh sebulan berpeluang memenangi kredit Wallet Rakan Kongsi RM200 Mydin pada platform tersebut.

Katanya, seramai 100 pemenang akan dipilih setiap bulan berdasarkan saiz pembelian di Mydin menggunakan aplikasi tersebut.

Selain itu, pengguna Boost juga akan memperoleh Boost Stars untuk memastikan penjimatan dengan setiap ringgit yang dibelanjakan.

"Boost Stars boleh digunakan untuk menjimatkan sehingga RM10 pada setiap bil isi rumah melalui ciri 'Pay With Stars' kami.

"Mereka boleh menebus sehingga RM210 kredit untuk barangan runcit, petrol, dan membeli-belah dalam talian setiap bulan melalui 'BoostUP Rewards Catalogue'.

"Kami sentiasa menyasarkan memperkaya kehidupan setiap rakyat Malaysia menerusi digitalisasi dan percaya kerjasama ini adalah satu cara untuk kami menyumbang semula kepada masyarakat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!