Kereta curi 'tersadai' pada tangga

Anggota bomba terpaksa menggunakan bantuan kren untuk mengalihkan kenderaan itu. - Foto: Agensi
Anggota bomba terpaksa menggunakan bantuan kren untuk mengalihkan kenderaan itu. - Foto: Agensi
A
A
A

MADRID - Sekumpulan anggota bomba di ibu kota Sepanyol terpaksa berdepan tugas agak luar biasa baru-baru ini kerana ia bukan melibatkan operasi menyelamat sebaliknya mereka perlu mengalihkan kereta curi yang tersekat pada tangga di sebuah stesen metro.

Rakaman video 'operasi sukar' itu turut menjadi tular di media sosial malah dikongsi oleh SkyNews di YouTube.

"Kereta tersebut gagal dilarikan. Ia pada mulanya dikesan di laluan bas sebelum merempuh pintu masuk Plaza Eliptica di Madrid. "Anggota bomba terpaksa menggunakan bantuan kren untuk mengalihkan kereta berkenaan," menurut teks yang tertera pada video yang dikongsi di TikTok.

Sementara itu, polis mengesahkan ia telah melancarkan siasatan ke atas kejadian itu.

Difahamkan, seorang lelaki telah ditahan sebagai sebahagian daripada proses siasatan dan tiada mangsa dilaporkan cedera akibat insiden tersebut.

Pada Julai tahun lalu, sebuah rakaman video memaparkan pihak berkuasa Britain mengejar kenderaan curi di landasan kereta api juga menjadi tular.

Sebahagian warganet turut mengaitkan kejadian itu dengan permainan video 'Grand Theft Auto (GTA). - Agensi

Artikel Berkaitan: