Projek pembukaan tanah punca LRA Batang Kali henti tugas

LUAS mendapati tahap kekeruhan air mentah yang tinggi di LRA Batang Kali pada Selasa. - Foto Facebook LUAS
LUAS mendapati tahap kekeruhan air mentah yang tinggi di LRA Batang Kali pada Selasa. - Foto Facebook LUAS
A
A
A

SHAH ALAM - Sebuah projek pembukaan tanah di bahagian Hulu Sungai Tamu disyaki menjadi punca Loji Rawatan Air (LRA) Batang Kali terpaksa dihenti tugas sementara, susulan air keruh dari kolam tadahan projek itu telah mengalir masuk ke Sungai Tamu.

Menurut kenyataan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), pihaknya mendapati tahap kekeruhan air mentah yang tinggi di LRA tersebut jam 1 pagi pada Selasa.

"LUAS akan menjalankan pemantauan pematuhan bagi aktiviti kerja tanah berkaitan dan tindakan kompaun kepada premis berkenaan, jika berlakunya ketidakpatuhan yang disyaki menjadi punca henti tugas sementara LRA Batang Kali ekoran insiden kekeruhan sumber air mentah," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, pemantauan rapi dari semasa ke semasa diteruskan oleh LUAS bersama pihak terlibat bagi memastikan sumber air Selangor terpelihara. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!