PN Selangor lantik Ketua Perhubungan Kawasan di 22 Parlimen
SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) Selangor membuat ketetapan melantik Ketua Badan Perhubungan Kawasan di semua 22 Parlimen di negeri itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat PN Selangor pada malam Rabu.
Menurut beliau, semua anggota parti yang hadir pada mesyuarat itu juga bersetuju untuk segera menggabungkan jentera di semua peringkat termasuk Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pusat daerah mengundi (PDM) untuk membentuk jentera Perikatan Nasional.
"Insya-ALLAH, gabungan lebih utuh dan mantap demi rakyat negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu.
Mohamed Azmin berkata, mesyuarat itu membabitkan kehadiran pimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan negeri Selangor.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!