Prannoy tunjukkan Momota jalan pulang

HS Prannoy dan Kento Momota
HS Prannoy dan Kento Momota
A
A
A

BINTANG sensasi Jepun, Kento Momota masih mencari sentuhan emas selepas ditunjukkan jalan keluar pemain India, HS Prannoy pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia pada Rabu.

Kekalahan 17-21, 16-21 pemain nombor dua dunia berusia 27 tahun di Tokyo Metropolitan Gymnasium menyaksikan peluang juara dunia dua kali itu untuk mencipta kebangkitan di bumi Jepun tidak kesampaian kali ini.

“Sejujurnya prestasi dia tidak berada pada tahap terbaiknya dalam perlawanan ini.

“Saya rasa dia kelihatan lebih tentatif kerana terdapat banyak perubahan dalam cara dia bermain tidak seperti sebelum ini dengan pertahanan lebih mantap.

“Namun kemenangan tetap kemenangan kerana saya masih mahu terus bermain di kejuaraan ini.

“Ini adalah perkara yang saya ingin lakukan di kejuaraan berprestij dunia selama ini,” kata Prannoy pemain nombor 18 dunia berusia 30 tahun itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!