Dugong diisytiharkan pupus di China

Dugung tidak lagi wujud di China sejak tahun 2008. - Foto Patrick Louisy
Dugung tidak lagi wujud di China sejak tahun 2008. - Foto Patrick Louisy
A
A
A

BEIJING - Hidupan laut dugong iaitu haiwan yang pernah disalah anggap sebagai ikan duyung oleh kelasi-kelasi kapal suatu ketika dahulu telah diisytiharkan pupus di China baru-baru ini.

Ia diisytiharkan pupus selepas penyelidikan baharu tidak menemui sebarang rekod atau bukti bahawa dugong wujud di negara tersebut sejak tahun 2008.

Bilangan mamalia laut itu merosot di China dari tahun 1970-an dan sebelum tahun 2008.

Haiwan tersebut diancam secara global oleh aktiviti manusia seperti memancing, perlanggaran dengan kapal dan kehilangan habitat yang disebabkan oleh manusia.

Para saintis pemuliharaan dari Persatuan Zoologi London (ZSL) dan Akademi Sains China menjalankan tinjauan dan menyemak data pengedaran sejarah untuk mencapai kesimpulan tersebut.

Penulis bersama kajian tersebut, Profesor Samuel Turvey berkata: "Kemungkinan kehilangan dugong di China adalah kerugian yang amat besar."

Ketiadaan haiwan itu bukan sahaja akan memberi kesan ke atas fungsi ekosistem tetapi ia berfungsi sebagai peringatan yang menyedihkan bahawa kepupusan boleh berlaku sebelum tindakan pemuliharaan yang berkesan dapat dibangunkan, katanya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!