'Kalau ada rezeki, ada tawaran saya tak tolak'

Tan Cheng Hoe
Tan Cheng Hoe
A
A
A

KALAU ada rezeki, ada tawaran saya tak tolak,”

Itu reaksi bekas pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe ketika mengulas desas-desus mengatakan dirinya bakal kembali aktif dalam Liga Malaysia (Liga-M), dalam masa terdekat.

Menurut pengendali berusia 54 tahun itu, menerima tawaran daripada mana-mana kelab tanpa mengira sama ada kelab berkenaan merupakan kelab tempatan mahupun kelab di luar negara.

Cheng Hoe berkata, dia kini tidak terikat dengan mana-mana kelab atau negeri dan bersedia untuk mempertimbangkan tawaran yang dikemukakan kelak.

“Mana-mana kelab, lokal atau pun di oversea, saya okay sahaja. Lagi pun sekarang saya tidak terikat dengan mana-mana kelab.

“Dalam sehari dua ini, masih belum ada apa-apa (tawaran) lagi, tetapi kalau ada pun, saya sebenarnya sudah berehat agak lama juga.

“Tetapi macam yang saya cakap saya sudah lama tinggalkan coaching tetapi kalau ada rezeki, saya tidak tolak dan macam apa yang orang kata, akan kembali atau comeback dalam Liga-M," katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.

Untuk rekod, nama Cheng Hoe turut dikaitkan selaku pengendali baharu Selangor FC susulan prestasi tidak menentu The Red Giants ketika ini.

Artikel Berkaitan:

Malah, perkhabaran itu semakin hangat diperkatakan apabila Cheng Hoe dilaporkan berada di Ipoh baru-baru ini dan dikaitkan dengan tugas selaku ketua jurulatih Perak FC yang baharu.

Bagaimanapun, menurut Cheng Hoe kehadirannya ke Ipoh baru-baru ini hanyalah bertujuan untuk berjumpa rakan-rakan lama dan bukannya bagi tujuan untuk mengadakan apa-apa perbincangan.

Malah katanya, tidak ada sebarang perbincangan mahupun tawaran yang diterimanya di sepanjang tempoh berkenaan.

“Ya, jadi rumours jugalah, macam biasa kita jumpa kawan-kawan yang dalam golongan bola sepak. Sembang-sembang tu biasalah, kebetulan di Ipoh, saya berjumpa atau boleh kata terserempak dengan kawan-kawan.

“Tapi macam yang saya kata tadilah, saya tidak menolak menerima tawaran kalau ada rezeki,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!