Polis KL berkas dalang sindiket, rampas dadah RM708,900

Antara dadah berjaya dirampas oleh JSJN Kuala Lumpur dalam Op Otto. - Foto PDRM
Antara dadah berjaya dirampas oleh JSJN Kuala Lumpur dalam Op Otto. - Foto PDRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan tertangkapnya dalang kumpulan terbabit menerusi Op Otto, dalam dua serbuan di Kepong dan Bukit Jalil, pada Isnin lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur berjaya merampas sebanyak 1.164 kilogram (kg) dadah jenis syabu dan 36,700 biji pil ekstasi dipercayai untuk pasaran di sekitar Lembah Klang.

"Dalam serbuan pertama pada 22 Ogos sekitar jam 10.45 malam di Jalan Vista Mutiara, Kepong, suspek seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun ditahan dan sebanyak 383.80 gram (g) (1,000 biji) pil ekstasi bernilai RM18,000 serta 123.87g syabu bernilai RM12,300 ditemui.

"Hasil soal siasat, JSJN Kuala Lumpur dengan dipandu arah oleh suspek membuat serbuan susulan pada 23 Ogos, jam 12.35 tengah malam di Jalan Perkasa 3, Bukit Jalil dan menemui 35,700 biji pil ekstasi seberat 13.59kg bernilai RM 642,600 dan 1.04 kg dadah jenis syabu bernilai RM36,00," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Azmi berkata, nilai keseluruhan rampasan dadah dianggarkan berjumlah RM 708,900 dan dipercayai boleh digunakan seramai 39,028 pengguna.

Katanya, hasil siasatan dan risikan sindiket terbabit dipercayai aktif sejak empat bulan lalu dengan menjadikan kondominium yang dikawal pengawal keselamatan sebagai tempat penyimpanan serta pembungkusan dadah.

"Bekalan dadah terbabit diperoleh daripada pengedar dadah tempatan untuk pasaran di sekitar Lembah Klang," katanya.

Beliau berkata, ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis syabu manakala hasil semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah.

Artikel Berkaitan:

"Suspek direman tujuh hari hingga hingga 29 Ogos untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!