Lelaki seludup ular, biawak dalam seluar berdepan hukuman jel

Gambar fail menunjukkan ular-ular yang diseludup oleh Jose Manuel Peres ke AS pada Februari lalu. - Foto US Customs and Border Proteection/AP
Gambar fail menunjukkan ular-ular yang diseludup oleh Jose Manuel Peres ke AS pada Februari lalu. - Foto US Customs and Border Proteection/AP
A
A
A

LOS ANGELES - Seorang lelaki yang menyembunyikan ular dan biawak dalam seluarnya ketika dia cuba menyelinap masuk ke Amerika Syarikat (AS) selama enam tahun berdepan hukuman penjara lebih sedekad, kata pegawai pada Rabu.

Lelaki itu, Jose Manuel Perez yang merupakan warga AS mendalangi sindiket penyeludupan selama enam tahun dari rumahnya di selatan California yang membawa masuk 1,700 haiwan ke negaranya dari Mexico dan Hong Kong.

Ia merupakan sebahagian daripada penyeludupan reptilia bernilai AS$750,000 (RM3,360,750).

Dalam perjanjian rayuan dengan Jabatan Kehakiman, Perez mengaku bahawa dia telah membayar untuk mengangkut haiwan berkenaan menggunakan beberapa kargo haramnya dan pada masa lain melakukannya sendiri dengan menyeberang sempadan.

Haiwan yang diseludupnya itu termasuk sejumlah kura-kura, anak buaya dan biawak telah dijual kepada pelanggan-pelanggan dengan harga lebih daripada AS$739,000 (RM3,311,459).

Pada 25 Februari 2022, Perez telah ditangkap ketika cuba memasuki AS dengan 60 reptilia berada di badannya dan disembunyikan dalam pakaiannya di dalam beg kecil.

Dalam pada itu, pada 16 Mei 2022, dia dilepaskan dengan bon.

Namun, pada 5 Jun lalu, sehari sebelum perbicaraan mahkamah, Perez menanggalkan gelang buku lalinya yang digunakan untuk pemantauan lokasinya dan melarikan diri ke Tijuana.

Artikel Berkaitan:

Pada 16 Jun lepas, dia telah ditangkap di Mexico dan dikembalikan ke AS dan kekal dalam tahanan sejak itu.

Hakim Daerah AS, Fernando M Olguin dijadualkan akan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 1 Disember depan yang mana Perez akan menghadapi hukuman maksimum 20 tahun penjara bagi setiap tuduhan penyeludupan haiwan.

Perez juga berdepan hukuman maksimum lima tahun penjara atas dakwaan menyeludup hidupan liar.- Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!