Siapa kenal Halim?

Paparan mesej tular di media sosial hingga netizen lancar #misimencarihalim
Paparan mesej tular di media sosial hingga netizen lancar #misimencarihalim
A
A
A

"TAK pernah call ibu lagi kenapa, tak mahu tahu khabar ayah?, jangan Halim".

Itu antara ayat sebak diluahkan oleh seorang wanita kepada lelaki bernama Halim yang dipercayai menghilangkan diri sejak tahun lalu.

Paparan mesej itu tular di media sosial membuatkan netizen mencari siapakah Halim agar pulang ke pangkuan keluarganya.

Di Twitter tsukinohikari29, menjelaskan mesej itu diperolehi dari seorang rakannya pada Jumaat minggu lalu.

"Kawan saya dapat mesej ini. Tak tahu daripada siapa. Tapi, tolonglah selagi mak ayah masih ada, jagalah mereka, hubungilah walaupun jauh. Jangan nanti bila mereka dah tiada, menyesal tak sudah.

"Sejujurnya saya pun tak tahu Halim mana yang dimaksudkan. Dah tanya kawan tapi tiada respons. Tak kisahlah yang nama Halim ke tak, sesiapa rasa sudah lama tak hubungi atau tak balik jenguk keluarga, pergilah balik, atau sekurangnya hubunginya,ok?," katanya.

Mesej yang diterima menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) itu berbunyi,"Assalamualaikum Alim, apa khabar, tak pernah call ibu lagi kenapa, tak nak tau khabar ayah, jangan Halim. Kau anak lelaki syurga kau pada mak ayah tau, lebih-lebih lagi tinggal ayah seorang, tanpa doa ayah apa yang kita buat tiada keberkatan. Ibu mohon pada Halim sayangi ayah selagi dia ada, kasihani ayah, dia rindu anaknya".

Dalam pada itu, mesej itu hanya dibalas oleh seorang individu dengan memberitahu,"Maaf makcik, ini bukan nombor anak makcik. Saya pun pakai nombor ini tahun lepas. Mungkin dia dah tukar nombor lain. Minta maaf sekali lagi ya".

Artikel Berkaitan:

Malah penerima mesej juga sedia membantu wanita itu mencari Halim namun memerlukan maklumat penting seperti nama atau gambar Halim.

Bagaimanapun difahamkan, mesej itu tidak berbalas hingga menimbulkan tanda tanya.

Penularan itu membuatkan netizen sebak dan melancarkan tanda pagar #misimencarihalim

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!