Perjuangan Vivian-Chiew Sen terhenti
PERJUANGAN beregu wanita negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien pada Kejohanan Badminton Dunia BWF 2022 terhenti di peringkat kalah mati setelah tewas kepada gandingan nombor tiga dunia dari Korea Selantan, Lee So Hee-Shin Seung Chan di Gimnasium Metropolitan, Tokyo sebentar tadi.
Beregu Korea Selatan itu dilihat mendominasi perlawanan sejak awal dengan mempamerkan corak pantas bagi memerangkap Vivian-Chiew Sen.
Biarpun dilihat cuba memberikan tentangan, namun So Hee-Seung Chan dilihat terus mempamerkan aksi mantap untuk menang 21-13 pada set pertama.
Set kedua menyaksikan gandingan Vivian-Chiew Sen dilihat mula mempamerkan kebangkitan apabila berjaya memberikan sedikit tentangan kepada gandingan So Hee-Seung Chan.
Bagaimanapun, beregu Korea Selatan itu dilihat menggunakan segala pengalaman serta kepakaran yang dimiliki bagi meneaskan Vivian-Chiw Sen, 21-16.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!