Kes 1MDB: Pembelaan Najib dakwa saksi tidak bermanfaat
KUALA LUMPUR - Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis bahawa saksi ke-26 pendakwaan tidak memberi manfaat kerana berulang kali menjawab ‘tidak tahu’ dan ‘tidak pasti’.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata demikian ketika sesi soal balas bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa, 63, dalam prosiding kes rasuah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama membabitkan bekas Perdana Menteri.
Muhammad Shafee berkata, saksi berusia 63 tahun itu sering mengelak untuk menjawab soalan yang dikemukakan terutama berhubung tiga dokumen berkaitan 1MDB.
Sedangkan katanya, Siti Zauyah mengaku telah menyediakan dokumen itu dan mengemukakannya kepada mahkamah melalui e-mel sebagaimana terkandung dalam penyata saksinya.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!