106km paip uzur di Kelantan siap diganti

Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim
A
A
A

PUTRAJAYA - Sepanjang 106 kilometer (km) paip lama atau uzur jenis asbestos cement (AC) di Kelantan telah siap digantikan.

Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia merupakan sebahagian daripada 511km penggantian paip yang akan dilaksanakan secara berperingkat dengan kos RM218 juta.

"Sekadar makluman, jumlah paip lama yang perlu diganti ialah sepanjang 4,491 kilometer (55 peratus) daripada keseluruhan 8,139 kilometer di Kelantan.

"Doakan projek ini berjalan lancar," tulisnya di laman Facebook pada Khamis.

Pelaksanaan kerja-kerja penggantian paip lama itu dibuat menerusi pembiayaan sebanyak RM664.8 juta oleh Pengurusan Aset Air Berhad.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!