Pemain muda bantu Brighton ke pusingan ketiga

Pemain Brighton meraikan kemenangan berkenaan. - Foto Shutterstock
Pemain Brighton meraikan kemenangan berkenaan. - Foto Shutterstock
A
A
A

BIARPUN menurunkan ramai pemain muda pada aksi pusingan kedua Piala Liga berdepan Forest Green di The New Lawn pada Khamis, namun Brighton masih mampu melakarkan kemenangan 3-0 untuk mara ke pusingan ketiga kelak.

Pengendali Brighton, Graham Potter berkata, melakukan 11 pertukaran pemain daripada kesebelasan yang menewaskan West Ham, 2-0 Ahad lalu.

"Saya memberikan peluang kepada pemain-pemain baharu dan muda untuk beraksi pada perlawanan ini dan ternyata mereka membalas kepercayaan yang diberikan dengan cukup baik.

"Mereka berjaya menguasai perlawanan, melancarkan serangan ke pintu gol lawan dan ia merupakan petanda yang cukup positif.

"Seperti biasa sudah pasti ada kelemahan yang dipamerkan, tetapi ia tidak menggugat persembahan pasukan," katanya.

Untuk rekod, gol Brighton dijaringkan oleh Deniz Undav pada minit ke-38 manakala Steven Alzate menjaringkan gol kedua pada masa kecederaan babak pertama dan Evan Ferguson menambah gol ketiga pada masa kecederaan babak kedua.

Sementara itu, Potter berkata, kecemerlangan aksi yang ditunjukkan pemain-pemain muda berkenaan secara tidak langusng menggambarkan bahawa dia kini mempunyai lebih banyak pilihan pemain untuk beraksi kelak.

Katanya, perkara itu juga dijangka bakal menyukarkannya untuk memilih kesebelasan pemain yang bakal beraksi.

Artikel Berkaitan:

"Memang ia sesuatu yang positif apabila semua pemain muda ini mempamerkan aksi mantap, namun ia juga mungkin memberi masalah untuk kita membuat pilihan pemain bakal beraksi," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!