Shafee enggan beri sebarang kenyataan

Mohammad Shafee (depan) enggan memberikan sebarang kenyataan perbicaraan kes 1MDB yang dihadapi Najib. - Foto Bernama
Mohammad Shafee (depan) enggan memberikan sebarang kenyataan perbicaraan kes 1MDB yang dihadapi Najib. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Peguam bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah enggan memberikan sebarang kenyataan mengenai kes perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sedang berlangsung.

Beliau turut bimbang media akan memanipulasi kenyataan yang dibuat oleh pasukannya.

“Anda memanipulasi dan mengubah kenyataan kami,” katanya kepada pemberita di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam pada itu, ketika ditanya keadaan kesihatan Najib, Muhammad Shafee berkata media perlu mencari jawapan sendiri.

“Pergi cari sendiri,” katanya.

Najib dilapor menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.

Pada Selasa, Najib dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!