PRU15: PBM tidak bertanding di Sarawak

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin (kiri) melihat produk SaraSpice selepas merasmikan produk itu di pejabat baru SaraSpice, pada Khamis. - Foto Bernama
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin (kiri) melihat produk SaraSpice selepas merasmikan produk itu di pejabat baru SaraSpice, pada Khamis. - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Parti Bangsa Malaysia (PBM) tidak akan meletakkan calonnya di Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Bakal Presiden PBM Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, fokus parti itu kini hanya untuk menyertai Barisan Nasional (BN) dan gabungan itu tidak ada di Sarawak.

"Tidak, kami (PBM) tidak akan (bertanding di Sarawak), tidak ada BN di sini,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran semula SaraSpice di sini, pada Khamis.

Buat masa ini, PBM cuma mempunyai satu kerusi di Sarawak iaitu kerusi Parlimen Julau yang disandang presiden parti itu Larry Sng.

Sebelum ini media melaporkan PBM bercadang bertanding di 14 kerusi pada PRU-15 dengan masing-masing tujuh kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Zuraida berkata, buat masa ini PBM masih berminat menyertai BN dan penyertaan mereka masih dalam penilaian.

"Permohonan dah diterima BN dan mereka kini menelitinya...Kami melihat kepada apa yang terbaik untuk parti di samping berpegang kepada rancangan kami (untuk menyertai BN),” katanya.

PBM telah menghantar permohonan rasmi untuk menyertai BN bagi membentuk sebuah gabungan parti baharu dalam menghadapi PRU-15, namun sehingga kini, masih belum ada maklum balas daripada BN. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!