Tavares tetap bangga dengan aksi PSM Makassar

Tavares
Tavares
A
A
A

PENGENDALI PSM Makassar, Bernardo Tavares tetap memuji aksi yang ditampilkan anak buahnya pada perlawanan akhir Zon ASEAN Piala AFC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada Rabu.

Menurut Tavares, meskipun tewas besar kepada Kuala Lumpur, pemain ada sebab perlu berbangga dengan aksi mereka memandangkan mereka tewas kepada lawan yang hebat.

“Kadangkala ada pasukan yang menjaringkan gol dan ada juga pasukan yang melakukan kesilapan. Inilah bola sepak dan hari ini, kami lakukan banyak kesilapan yang tidak sepatutnya.

“Kami hanya bermain selepas ketinggalan 3-0 dan pemain menunjukkan sikap yang hebat apabila berjaya mendapatkan dua gol. Bagaimanapun kami melakukan satu lagi kesilapan sehingga membenarkan KL mendapatkan gol keempat dan kelima.

"Saat yang sukar di bilik persalinan kerana pemain menangis.Kami tidak kalah kerana pengadil tetapi KL City FC adalah pasukan lebih baik. Saya bangga dengan pemain dan saya harap penyokong juga berbangga dengan apa yang sudah ditunjukkan oleh barisan pemain," kata Tavares.

Impian PSM Makassar untuk melangkah ke separuh akhir Antara Zon Piala AFC tidak kesampaian selepas tumpas 5-2 di tangan KL City FC.

Meskipun satu ketika PSM Makassar berjaya melakukan kebangkitan apabila berjaya mengurangkan defisit kepada 3-2, namun dua gol lewat permainan oleh KL City FC nyata melenyapkan impian pelawat untuk kemenangan 5-2 berpihak buat pasukan tuan rumah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!