Sembilan daripada 10 rakyat Malaysia pilih beli dalam talian

Gambar hiasan money.kompas.com
Gambar hiasan money.kompas.com
A
A
A

SHAH ALAM - Platform e-dagang, Shopee melalui dapatan utama dalam kajian pasaran mendedahkan sembilan daripada 10 rakyat Malaysia lebih gemar memilih membeli-belah secara dalam talian meskipun sektor ekonomi telah dibuka sepenuhnya.

Memetik laporan media, kajian berkenaan yang dijalankan pada Julai dan Ogos tahun ini melibatkan lebih daripada 3,000 responden.

Selain itu juga, sebanyak 60 peratus pengguna didapati menyokong penjual tempatan menjelang Hari Merdeka bersama #ShopeeSapotLokal manakala 30 peratus menyokong kualiti barangan Buatan Malaysia yang disifatkan mereka sebagai memenuhi cita rasa tempatan.

Di samping itu, sebanyak 40 peratus responden mengakui bahawa pembelian dalam talian membolehkan mereka melakukan transaksi pada bila-bila masa, selain 31 peratus menyukai baucar serta diskaun yang ditawarkan.

Sementara itu, tinjauan kajian tersebut turut mendedahkan, sebanyak 43 peratus responden mengakui mereka membandingkan harga dalam talian dan mencari diskaun susulan inflasi yang meningkat ketika ini.

Malahan, 21 peratus responden pula menyifatkan mereka banyak mempelajari pembelian dalam talian sekali gus memilih untuk meneruskan pembelian secara dalam talian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!