Industri dron dijangka sumbang RM54.26 bilion

Mohd Shahar (kiri) menyaksikan MoU pembangunan sukan dron di Medini pada Khamis.
Mohd Shahar (kiri) menyaksikan MoU pembangunan sukan dron di Medini pada Khamis.
A
A
A

INDUSTRI dron negara berpotensi besar untuk berkembang dan disasar mampu menyumbang kira-kira RM54.26 bilion kepada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2026.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, angka itu dianggarkan 4.3 peratus iaitu RM173.46 bilion bagi pasaran global.

"Pasaran dron negara dijangka melonjak kepada RM173.46 bilion dalam tempoh empat tahun lagi. Negara perlu mengambil peluang atas perkembangan positif ini.

"Bakat anak muda tempatan dalam industri dron perlu dibangunkan supaya mereka sama taraf dengan pemain industri di peringkat antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan memorandum persefahaman (MoU) pembangunan sukan dron di Medini pada Khamis.

Hadir sama, Exco Belia, Sukan Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd Hairi Mad Shah.

Iskandar Investment Berhad (IIB) melalui IIB Ventures Sdn Bhd bersama Futurise membangunkan program sukan dron melalui Akademi Kecemerlangan Sukan Dron (Aksadron), salah satu usaha membangunkan industri dron.

Kerjasama ini akan menetapkan program dan acara Aksadron ke dalam Zon Dron dan Robotik (DRZ Iskandar) yang terletak di sini.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Mohd Shahar berkata, inisiatif itu diharap dapat menarik minat anak muda terhadap sukan berasaskan teknologi memandangkan mereka cenderung kepada bidang sains dan Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

"Saya yakin industri ini dapat berkembang dengan lebih besar melingkari industri kecil seperti penerbitan, penyiaran dan bengkel dron. Ia juga mampu meneroka industri baharu antara penghasilan dron yang lebih murah.

"Sudah pasti hab di selatan akan dikendalikan IIB, kita sudah ada hab sukan dron di Kuantan, Pahang dan telah berbincang dengan pihak Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bagi potensi hab di Wilayah Utara," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!